Technician
Date: 10 Jan 2025
Location: MY
Company: Tenaga Nasional Berhad
Jawatan
Technician (KT09)
TNB Power Generation Sdn. Bhd.
Tarikh Tutup Iklan
31 Januari 2025
Butiran Jawatan
Gaji Pokok : RM2,100 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat dan Kelayakan
• Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran
termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
• Mempunyai Diploma dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan ( Malaysian Qualifications Agency (MQA)) dengan keputusan minimum CGPA 3.00 dalam bidang seperti berikut :-
- Diploma Kejuruteraan Elektrik / Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Kimia
- Diploma Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran
• Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak
• Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
• Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit.
• Tidak rabun warna.
• Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik.
• Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh menghantar salinan resume/CV bersama salinan sijil-sijil berkaitan melalui laman web: https://jobs.tnb.com.my/ >> klik pada ELECTRIFYINGCAREERS atau melalui pautan terus:
https://jobs.tnb.com.my/job-invite/300285/
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
- Dengan permohonan ini, pemohon bersetuju dan memberi kebenaran kepada TNB & TNB Power Generation Sdn. Bhd. untuk memproses data peribadi pemohon selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).