Senior Assistant Technician
Date: 10 Jan 2025
Location: MY
Company: Tenaga Nasional Berhad
Jawatan
Senior Assistant Technician (Gred KT07)
TNB Power Generation Sdn. Bhd.
Tarikh Tutup Iklan
31 Januari 2025 (Jumaat)
Butiran Jawatan
Gaji Pokok : RM1,800 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut :-
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Mempunyai Sijil kemahiran dari Politeknik Tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf atau yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan keputusan minimum CGPA 3.00 dalam bidang seperti berikut :-
- Sijil Kemahiran Kejuruteraan Elektrik / Elektronik
- Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal
- Sijil Kemahiran Kejuruteraan Awam
- Memiliki Sijil kompetensi dalam bidang Elektrikal / Mekanikal (ie : AO , A1 , A4) serta pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan
- Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit.
- Tidak rabun warna
- Tidak Merokok/sebarang bentuk rokok elektronik
- Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh menghantar salinan resume/CV bersama salinan sijil-sijil berkaitan melalui laman web: https://jobs.tnb.com.my/ >> klik pada ELECTRIFYINGCAREERS atau melalui pautan terus:
https://jobs.tnb.com.my/job-invite/298740/
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
- Dengan permohonan ini, pemohon bersetuju dan memberi kebenaran kepada TNB & TNB Power Generation Sdn. Bhd. untuk memproses data peribadi pemohon selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).