Penyelenggara Inventory
Date: 9 Jun 2026
Location: MY
Company: Tenaga Nasional Berhad
Nama Jawatan
Penyelenggara Inventory
Tarikh Tutup Iklan
24 Jun 2026
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam:-
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Mempunyai Diploma dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan memiliki CGPA 2.50 dalam bidang berkaitan;
- Diploma dalam bidang kewangan
- Diploma dalam bidang perniagaan
- Diploma dalam bidang pentadbiran
- Diploma dalam bidang pengurusan
- Berumur kurang 30 tahun pada tarikh iklan ditutup.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
- Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan
- Boleh untuk dtempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia.
- Terbuka kepada calon lelaki sahaja.
Tugasan Jawatan
Tugas jawatan Penyelenggara Inventori:
- Mengemaskini sistem-sistem inventori yang digunapakai sebagaimana diarahkan oleh penyelia
- Melaksanakan tugasan mengikut arahan, garis panduan, proses dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
- Menyemak dan memastikan label, kod bar dan nombor siri pada barang adalah tepat dan dikemas kini
- Membantu dalam penyusunan semula stok mengikut kategori, jenis atau tarikh luput (jika berkenaan)
- Memantau tahap stok minimum dan memaklumkan kepada pihak berkaitan bagi tujuan pembelian semula
- Menyediakan borang dan dokumentasi berkaitan pengeluaran dan penerimaan barang dengan lengkap
- Mengurus pemindahan stok antara lokasi / stor mengikut arahan dan SOP
- Menjalankan kerja pembersihan dan susun atur kawasan stor secara berkala bagi menjamin keselamatan dan efisiensi kerja
- Membantu dalam latihan atau taklimat dalaman berkaitan prosedur pengendalian inventori (jika diarahkan oleh penyelia)
- Menyimpan dan mengurus barang rosak atau tidak digunakan dengan rekod dan kaedah yang betul sebelum pelupusan
- Memastikan semua peralatan pengendalian stok (contohnya: forklift, hand pallet) berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan
Cara Memohon
Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dihantar secara 'on-line' melalui :-
laman web https://www.jobs.tnb.com.my atau
laman web https://www.tnb.com.my/aboutTNB/career/_>>ELECTRIFYINGCAREER
Maklumat Lanjut
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
Job Segment:
Supply Chain, Inventory, Forklift, Warehouse, Supply, Operations, Manufacturing