Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa
Date: 28 Aug 2026
Location: MY
Company: Tenaga Nasional Berhad
Jawatan
Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa
Tarikh Tutup Iklan
13 September 2026 (Ahad)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Bukan daripada kalangan warga kerja TNB atau anak syarikat TNB.
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Sihat tubuh badan, tiada penyakit kronik dan tidak rabun warna.
- Boleh bekerja secara individu atau berkumpulan.
- Bersedia ditempatkan di mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia.
KELAYAKAN AKADEMIK DAN PROFESIONAL
- Calon WAJIB memiliki Sijil Penjaga Jentera (A1 atau A4).
- Selain itu, calon hendaklah memenuhi SALAH SATU daripada kelayakan akademik berikut:
1. Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu serta Matematik atau Sains.
2. Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya gred C)
- Purata Nilai Kumulatif Akademik sekurang-kurangnya 2.00
- Purata Nilai Kumulatif Vokasional sekurang-kurangnya 2.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Calon dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) hendaklah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Cara Memohon
Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dihantar secara 'on-line' melalui :-
- Laman web https://www.jobs.tnb.com.my atau
-
Laman web https://www.tnb.com.my/aboutTNB/career/_>>ELECTRIFYINGCAREER
Maklumat Lanjut
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.