Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa (Kontrak)

Date: 26 May 2025

Location: MY

Company: Tenaga Nasional Berhad

Nama Jawatan

Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa Kontrak (CT05)

Tenaga Nasional Berhad

Tarikh Tutup Iklan

10 Jun 2025 (Selasa)

Butiran Jawatan

  • Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Khidmat Sokongan : RM80 sebulan
  • Elaun Pengangkutan : RM400 sebulan
  • Elaun Dobi : RM62 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera (Keutamaan kepada pemegang sijil A1 atau A4).
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk :-
  • Bahasa Malaysia
  • Matematik atau Sains
  • Atau memiliki Siji Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Penjaga Jentera (Keutamaan kepada pemegang A1 atau A4).
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon

Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dihantar secara 'on-line' melalui :-

  • laman web https://www.jobs.tnb.com.my atau
  • laman web https://www.tnb.com.my/aboutTNB/career/_>>ELECTRIFYINGCAREER

Maklumat Lanjut

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.