Pembantu Tadbir / Penyelenggara Inventori / Setiausaha

Date: 26 May 2025

Location: MY

Company: Tenaga Nasional Berhad

Nama Jawatan

Pembantu Tadbir / Penyelenggara Inventori / Setiausaha 

Tarikh Tutup Iklan

13 Jun 2025 (Jumaat)

Butiran Jawatan

Gaji Tetap (Setiausaha) : RM 1,850.00

Gaji Tetap (Pembantu Tadbir)  : RM 1,800.00

Gaji Tetap (Penyelenggara Inventori)  : RM 1,800.00

  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Khidmat Sokongan : RM80 sebulan
  • Elaun Pengangkutan : RM400 sebulan
  • Elaun Dobi : RM62 sebulan (untuk mereka yang dibekalkan pakaian seragam sahaja)

Taraf Jawatan : Kontrak 

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam:-
        Bahasa Inggeris
        Matematik
  • Mempunyai Diploma dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan memiliki CGPA 2.50 dalam bidang berkaitan.
  • Berumur kurang 30 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna.
  • Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan 
  • Boleh untuk dtempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Kelayakan bagi jawatan Pembantu Tadbir :

  • Diploma dalam bidang kewangan
  • Diploma dalam bidang perniagaan
  • Diploma dalam bidang pentadbiran
  • Diploma dalam bidang pengurusan

 

Kelayakan bagi jawatan Penyelenggara Inventori :

  • Diploma dalam bidang kewangan
  • Diploma dalam bidang perniagaan
  • Diploma dalam bidang pentadbiran
  • Diploma dalam bidang pengurusan

 

Kelayakan bagi jawatan Setiausaha :

  • Diploma dalam bidang setiausaha
  • Diploma dalam bidang pengurusan pejabat
  • Diploma dalam bidang sistem informasi pejabat
  • Diploma dalam bidang pentadbiran

Tugasan Jawatan

Tugas jawatan Pembantu Tadbir:

  • Mengurus dan menyelenggara fail serta dokumen pejabat secara fizikal dan digital
  • Menyediakan surat-menyurat, memo, dan dokumen rasmi jabatan
  • Mengatur dan mengemaskini jadual mesyuarat, temujanji, dan aktiviti harian
  • Membantu menyediakan minit mesyuarat dan memastikan tindakan susulan dilaksanakan
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran harian seperti pemprosesan borang, rekod dan tuntutan
  • Mengendalikan panggilan telefon, emel, dan pertanyaan dari pihak dalaman dan luaran
  • Menyelia dan membuat pesanan alat tulis dan keperluan pejabat
  • Memberi sokongan logistik untuk program, latihan dan aktiviti jabatan
  • Mengurus dokumen berkaitan staf seperti cuti, tuntutan perjalanan, dan rekod kehadiran
  • Menjaga kerahsiaan maklumat dan dokumen organisasi
  • Berurusan dengan pembekal, kontraktor dan jabatan lain bagi urusan pentadbiran

 

Tugas jawatan Penyelenggara Inventori:

  • Menyemak dan memastikan label, kod bar dan nombor siri pada barang adalah tepat dan dikemas kini
  • Membantu dalam penyusunan semula stok mengikut kategori, jenis atau tarikh luput (jika berkenaan)
  • Memantau tahap stok minimum dan memaklumkan kepada pihak berkaitan bagi tujuan pembelian semula
  • Menyediakan borang dan dokumentasi berkaitan pengeluaran dan penerimaan barang dengan lengkap
  • Mengurus pemindahan stok antara lokasi / stor mengikut arahan dan SOP
  • Menjalankan kerja pembersihan dan susun atur kawasan stor secara berkala bagi menjamin keselamatan dan efisiensi kerja
  • Membantu dalam latihan atau taklimat dalaman berkaitan prosedur pengendalian inventori (jika diarahkan oleh penyelia)
  • Menyimpan dan mengurus barang rosak atau tidak digunakan dengan rekod dan kaedah yang betul sebelum pelupusan
  • Memastikan semua peralatan pengendalian stok (contohnya: forklift, hand pallet) berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

 

Tugas jawatan Setiausaha:

  • Mengurus jadual, temujanji dan perjalanan Immediate Manager (IM) dan pasukan
  • Mengendalikan komunikasi rasmi melalui emel, panggilan dan permintaan ad hoc
  • Menjadi penghubung utama antara IM dengan pihak dalaman dan luaran
  • Merancang dan menyelaras mesyuarat termasuk penyediaan agenda, bahan dan minit
  • Merekod tindakan susulan mesyuarat dan memastikan pelaksanaan mengikut jadual
  • Mengurus dokumen sulit dan berkaitan staf seperti surat, memo dan borang rasmi
  • Menyelaras sistem pemfailan fizikal dan digital mengikut standard yang ditetapkan
  • Menyambut dan mengurus kehadiran pelawat serta berkoordinasi dengan setiausaha lain jika perlu
  • Membantu dalam penyediaan laporan, pembentangan dan dokumen rasmi jabatan
  • Menyokong urusan pentadbiran harian termasuk keperluan pejabat dan onboarding staf baharu

Cara Memohon

Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dihantar secara 'on-line' melalui :-

  • laman web https://www.jobs.tnb.com.my atau
  • laman web https://www.tnb.com.my/aboutTNB/career/_>>ELECTRIFYINGCAREER

Maklumat Lanjut

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.


Job Segment: Forklift, Warehouse, Manufacturing