Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN)

Date: 25 Sep 2024

Location: MY

Company: Tenaga Nasional Berhad

Jawatan

Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN) - Kontrak

Tarikh Tutup Iklan

18 Oktober 2024

Butiran Jawatan

  • Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),
  • Kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah

Syarat Asas

  • Ketinggian minima 168cm tanpa sepatu.
  • Berat badan sekurang kurangnya 54kg.
  • Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm semasa menarik nafas.
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan tidak disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kelebihan.

Huraian Tugas dan Tanggungjawab

  • Menguatkuasakan undang-undang /arahan kepolisan serta peraturan / prosidur TNB bagi penempatan yang dipertanggungjawabkan dengan melaksanakan arahan-arahan serta garispanduan yang diberikan bagi tujuan pemantauan keselamatan terhadap instalasi dan premis TNB yang meliputi juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting.

  • Pematuhan undang-undang serta peraturan kepolisan (Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602), disiplin dan integriti yang tinggi

  • Melihat dan memeriksa  kejanggalan dan tahap risiko tempat dikawal dan tidak  dikawal.

  • Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Bahagian/Jabatan/Unit di dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan berkaitan hal-ehwal Keselamatan.

  • Melaksanakan  jadual  tugasan harian anggota kerja Polis Bantuan yang ditetapkan .

  • Membuat pemeriksaan berkesan  di  laluan-laluan rondaan yang dan mematuhi  jadual  kawasan rondaan yang ditetapkan.

  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan selesa kepada pengguna/pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan TNB.

  • Menjawab pertanyaan dan panggilan telefon dengan sopan serta menyampaikan maklumat yang tepat

  • Menjaga kebersihan kenderaan  serta menjaga peralatan – peralatan dalam keadaan baik yang dibekalkan oleh pihak TNB.

  • Mematuhi dan melaksanakan arahan – arahan lain DARI MASA KE SEMASA yang tidak dinyatakan didalam perintah ini yang diarahkan oleh pegawai atasan TNB.

  • Membuat laporan (station diari/sitrep) dan majukan kepada penyelia pada setiap giliran.

Maklumat Lanjut

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.