PROGRAM PROTEGE READY TO WORK
Date: 14 Nov 2025
Location: PROGRAM PROTEGE READY TO WORK , Open, MY, Entry-Leve
Company: Tenaga Nasional Berhad
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs Ready To Work (PROTEGE-RTW) Fasa 10 (Pengambilan Tahun 2026)
Tarikh Tutup Permohonan Protégé Fasa 10 dan Tarikh Sasaran Melaporkan Diri mengikut Kumpulan adalah seperti berikut;
|
Kumpulan |
Tarikh Tutup Permohonan |
Tarikh Lapor Diri |
|
Kumpulan 1/2026 |
21 Nov 2025 |
19 Jan 2026 |
|
Kumpulan 2/2026 |
30 Jan 2026 |
30 Mac 2026 |
|
Kumpulan 3/2026 |
13 Mac 2026 |
11 Mei 2026 |
Apa itu PROTÉGÉ-RTW?
Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
- Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan
- Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS) dan latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain Industri Bekalan Elektrik (IBE) yang mengambil bahagian bagi tempoh maksima 8 bulan.
Antara Pemain IBE Adalah seperti berikut:-
- Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn. Bhd
- EDRA Power Holdings Sdn. Bhd.
- Yayasan Hijau Malaysia
- Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform
- Sustainable Energy Development Authority Malaysia
- Suruhanjaya Tenaga
- YTL Power International Berhad
- Malakoff Corporation Berhad
- Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd
- NUR Generation Sdn. Bhd
- PETRA Energy Berhad
*Penempatan di IBE akan dimaklumkan sebaik sahaja menerima pengesahan daripada mereka, bagi membolehkan peserta membuat persediaan awal.
Struktur Latihan
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
- Soft-skillsTraining
- On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain IBE yang turut serta)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Had umur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2025.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/ Agensi Kelayakan Malaysia.
- Keutamaan diberikan dalam bidang yang selari dengan keperluan bisnes TNB / Anak Syarikat/ pemain IBE seperti;
- Bidang Teknikal (minimum CGPA 2.70): Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Keselamatan Siber dan lain-lain
- Bidang Bukan Teknikal (minimum CGPA 3.00): Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Data, Pentadbiran, Sumber Manusia, Statistik, Bisnes, Pemasaran, Undang-Undang dan lain-lain
- Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang sedang menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
- Keutamaan diberikan kepada graduan dari kumpulan B40.
- Lepasan SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Tarikh Sasaran lapor diri kemasukan tuan/puan ke program PROTÉGÉ Fasa 10 adalah:
|
Kumpulan |
Tarikh Lapor Diri |
|
Kumpulan 1/2026 |
19 Jan 2026 |
|
Kumpulan 2/2026 |
30 Mac 2026 |
|
Kumpulan 3/2026 |
11 Mei 2026 |
- Tuan/puan yang terpilih adalah diwajibkan untuk mengikuti Latihan Kemahiran Insaniah selama 2 minggu di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), Bangi, Selangor sebelum diberikan penempatan Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training).
- Sanggup mengikuti Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training) di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB / Anak Syarikat TNB / pemain IBE.
- Tidak pernah menyertai sebarang program Protege bersama TNB / Anak Syarikat / Syarikat - Syarikat lain sebelum ini.
Faedah Penyertaan
- Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
- Kelayakan Cuti Tahunan
- Potongan PERKESO & EiS
- Bayaran balik rawatan perubatan
Komitmen Pelatih
TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 10 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 10 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.
Job Segment:
Sustainability, Energy