PROGRAM PROTEGE READY TO WORK
Date: 22 Jan 2025
Location: PROGRAM PROTEGE READY TO WORK , Open, MY, Entry-Leve
Company: Tenaga Nasional Berhad
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs Ready To Work (PROTEGE-RTW) Fasa 9 (Pengambilan Tahun 2025)
Tarikh Tutup Permohonan 23 Februari 2025
Apa itu PROTÉGÉ-RTW?
- Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
- Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan
- Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.
Struktur Latihan
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang turut serta)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Had umur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2024.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
- Keutamaan diberikan dalam bidang yang selari dengan keperluan bisnes TNB / Anak Syarikat / pemain industri bekalan elektrik seperti
- Bidang Teknikal (minimum CGPA 2.70): Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Keselamatan Siber dan lain-lain
- Bidang Bukan Teknikal (minimum CGPA 3.00): Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Data, Pentadbiran, Sumber Manusia, Statistik, Bisnes, Pemasaran, Undang-Undang dan lain-lain
- Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang sedang menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
- Keutamaan diberikan kepada graduan dari kumpulan B40.
- Lepasan SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Sasaran kemasukan pelatih ke program PROTÉGÉ Fasa 9 adalah April 2025 atau Mei 2025.
- Pelatih yang terpilih adalah diwajibkan untuk mengikuti Latihan Kemahiran Insaniah selama 2 minggu di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), Bangi, Selangor sebelum diberikan penempatan Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training).
- Sanggup mengikuti Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training) di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB / Anak Syarikat TNB / pemain industri bekalan elektrik.
- Tidak pernah menyertai sebarang program Protege bersama TNB / Anak Syarikat / Syarikat - Syarikat lain sebelum ini.
Faedah Penyertaan
- Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
- Kelayakan Cuti Tahunan
- Potongan PERKESO & EiS
- Bayaran balik rawatan perubatan
Komitmen Pelatih
TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 9 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 9 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.